Tuesday, December 6, 2011

KATEGORI BLOG

Boleh dikatakan , sekarang ini terdapat berjuta-juta blog di seluruh dunia yang terdiridaripada pelbagai kategori. Setiap blog tersebut mempunyai niche masing-masing. Namun begitu, niche blog tersebut pasti akan tergolong di dalam satu kategori tertentu.Bagaimana seseorang blogger itu menentukan kategori blog pilihan yang sesuai ? Adakahseseorang blogger memilih kategori blog tersebut mengikuti permintaan ramai atau hanyasekadar memenuhi citarasa diri mereka sendiri ? Terpulanglah ya, kedua-dua faktor ituada keburukan dan kebaikan masing-masing. Mari kita kaji serba sedikit mengenai pemilihan kategori blog.

1. Blog Peribadi

Ya tidak dinafikan ada juga blogger yang membina blog hanya untuk diri mereka sendiri.Blog tersebut telah dijadikan bagai sebuah diari oleh blogger tersebut. Ada yangmenceritakan mengenai kehidupan seharian mereka dan ada juga yang mengeluarkansebarang pendapat mengenai isu semasa di blog mereka. Sebuah blog peribadi selalunyakurang mendapat trafik tetapi bila kredibiliti diri mereka telah terbina maka tidak hairansebuah blog peribadi juga mampu mendapat trafik yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika blogger tersebut merupakan seorang yang terkenal seperti seorang selebriti ataupunseorang usahawan yang berjaya. Contoh blog peribadi : www.mohdsuhaimy.com
 
2. Blog Perniagaan

Zaman sekarang ni heboh orang memperkatakan mengenai penjualan produk fizikalataupun digital secara online. Sistem penjualan secara online ini amat memudahkan pelanggan kerana mereka boleh mendapatkan barangan yang dikehendaki tanpa perlu pergi sendiri ke kedai. Oleh kerana itu, ramai peniaga yang telah mengambil kesempatanini untuk menggunakan blog sebagai medium pengantaraan mereka dengan pelanggan.Sudah ramai peniaga yang menjana keuntungan menjual produk mereka hanya melalui blog sahaja walaupun ketika itu peniaga tersebut berurusan dengan pelanggan hanya berkain pelikat sahaja. Ramai pengguna internet mencari barangan keperluan mereka diinternet sahaja . Contoh blog perniagaan :www.jutawan-prepaid.com

3. Blog Informasi

Ramai pengguna internet dahagakan informasi-informasi menarik,terkini dan unik. Adayang mencari informasi sekadar suka-suka sahaja dan ada juga yang mencari informasiuntuk kepentingan diri atau untuk membantu menyelesaikan sebarang tugasan. Jadi disini, blogger boleh mendapat trafik yg agak tinggi jika mereka pandai untuk mengoptimumkan blog mereka. Ada juga blogger yang membuat blog untuk mendapatkan sebarang keuntungan menerusi mana-mana program untuk menjana pendapatan di internet menerusi informasi yang diingini pennguna internet di dalam blogmereka. Contoh blog informasi :www.gainfotech.com

4. Blog Komuniti

Kebanyakan persatuan dan komuniti sukar mendapat ahli jika dilakukan secara offline.Tetapi dengan adanya kemudahan blog , mereka bagaikan boleh membuat satu komunitimaya yang sangat kukuh. Di blog tersebut memudahkan para ahli komuniti tersebutuntuk berbincang dan menyuarakan sebarang pendapat untuk kepentingan komuniti. Didalam blog tersebut , ahli komuniti dapat meramaikan rakan yang mempunyai samaminat dengan mereka . Contoh blog komuniti : malaysianbikers.com.my

No comments:

Post a Comment