Sunday, December 4, 2011

undang-undang syarikat

 syarikat berhad

menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat berhad ditakrifkan sebagai syarikat tang
dihadkan oleh saham/jaminan / kombinasi ke2,2nya sekali

i. syarikat berhad oleh saham

syarikat berhad oleh saham ditakrifkan sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan atas
prinsip menghadkan segala tanggungan ahli2nya setakat jumlah saham yang belum
dibayar (sekiranya ada). Sekiranya penggulungan berlaku, ahli2 tidak boleh diminta
untuk membayar lebih daripada jumlah syernya yang belum dibayar.
Sek 214 (1) (d) Akta Syarikat 1965 memperuntukan :
‘dalam kes sebuah syarikat yang terhad dengan syer, tiada apa2 sumbangan hendaklah
diperlakukan dari mana2 ahli melebihi amaun, jika ada. Tidak dibayar ke atas syer
berhubung dengan mana ia tertanggung sebagai ahli yang ada / terdahulu.’

Contohnya Ali telah membeli 100 unit saham syarikat ABY yang mempunyai nilai
nominalnya sebanyak Rm1.00 sesaham. Ali telah membayar sebanyak 800unit sesaham
yang bernilai RM800.00 tersebut. Oleh itu, apabila berlaku penggulungan syarikat, Ali
tidak boleh diminta memberikan sumbangan melebihi dari jumlah saham yang belum
dibayar iaitu RM200.00

ii. syarikat berhad oleh jaminan
syarikat berhad oleh jaminan adalah merujuk kepada sesebuah syarikat yang
diperbadankan atas prinsip di mana tanggungan ahli2nya adalah dihadkan kepada jumlah
tanggungan yang dipersetujui oleh ahli2nya bagi menyumbangkan asset syarikat jika
berlakunya penggulungan (winding up) syarikat
sekiranya syarikat todak dapat menyelesaikan hutangnya, ahli hanya perlu menanggung
kesetakat amaun yang dia telag persetujui dan perkara ini perlu dinyatakan di dalam
memorandum menurut Sek 18 (1) (c) Akta Syarikat 1965
syarikat spt ini tidak mempunyai modal syer di mana ahli tidak dikehendaki untuk
menyumbang modal sewaktu syarikat sedang beroperasi. Ia juga jarang sekali ditubuhkan
untuk aktiviti dagangan, sebaliknya untuk kelab2 yang bukannya berteraskan dagangan di
mana modalnya diperolehi melalui sumber2 lain, aktiviti social dan lain2. pada waktu
penggulungan, libiliti ahli bagi syarikat berhad menurut jaminan dinyatakan di dalam Sek
214 (1) (c) Akta Syarikat 1965
iii. syarikat berhad oleh saham dan jaminan
menurut Sek 214 (4) Akta Syarikat, di samping perlu menyumbang kesetakat amaun
yang ahli telah persetujui di dalam memorandum, ahli juga perlu menyumbang setakat
amaun syer yang dia belum jelaskan di dalam kes sekiranya penggulungan berlaku.
Walaubagaimanapun, syarikat sperti ini tidak mungkin ditubuhkan lagi dengan wujudnya
Sek 14A Akta Syarikat 1965
 syarikat tidak berhad
syarikat tidak berhad adalah syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana
tanggungan ahli2nya adalah tidak terhad. Libiliti ahli untuk menyumbang kepada syarikat
di dalam kes penggulungan tidak terhad dalam apa cara sekalipun. Liability ahli2nya
adalah sperti liability perkongsian tetapi ia tetap mempunyai keperibadian korporat yang
lain.
Syarikat jenis ini boleh untuk mempunyai / tidak mempunyai modal syer dan modal syer
ini boleh dikurangkan tanpa had kerana pemiutang boleh menuntut sehingga kepada harta
peribadi ahli. Sek 25 Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat ini boleh
ditukatkan kepada syarikat berhad atau sebaliknya tetapi pertukaran ini tidak memberi
kesan terhadap hak, tanggungjawab dan tindakan undang2 yang boleh
diteruskan/dimulakan sebelum penukaran itu dibuat.
E. Syarikat induk dan anak syarikat
Sek 6 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ‘di mana sesebuah syarikat adalah :-
(a) syarikat induk bagi perbadanan yang lain;
(b) subsidiary bagi perbadanan yang lain ; atau
(c) subsidiary syarikat induk perbadanan yang lain
perbadanan pertama tersebut dan perbadanan yang lain itu hendaklah bagi maksud2 Akta
ini disifatkan berkaitan di antara satu sama lain’
menurut Sek 5 Akta Syarikat 1965, ‘sesebuah syarikat itu merupakan anak syarikat
kepada syarikat yang lain jika :

a) perbadanan yang lain itu ;
i. menguasai keahlian Lembaga Pengarah perbadanan yang pertama tersebut
ii. menguasai lebih daripada separuh kuasa mengundi di dalam perbadanan
yang pertama tersebut; atau
iii. memegang lebih daripada separuh modal saham yang diterbitkan oleh
perbadanan yang pertama tersebut; atau
iv. perbadanan yang pertama tersebut adalah anak syarikat kepada mana2
anak syarikat poerbadanan yang lain itu
sementara itu Sek 5A Akta Syarikat, sesebuah syarikat itu dikatakan syarikat induk
terakhir bagi sesebuah perbadanan yan lain jika :

a) perbadanan yang lain itu adalah sudsidiari kepada perbadanan pertama tersebut ;
dan

b) perbadanan pertama tersebut dengan sendirinya bukanlah subsidiary mana2
perbadanan
Sek 5B Akta Syarikat memperuntukkan sesebuha perbadanan hendaklah disifatkan
sebagai syarikat subsidiary milik penuh bagi perbadanan yang lain jika tidak ada ahli2
yang pertama tersebut orang yang lain dari :
a. perbadanan kedua tetsebut ;
b. penerima namaan bagi perbadanan kedua tersebut ;
c. subsidiary kepada perbadanan kedua tersebut iaitu subsidiary yang mana tidak ada
ahli2nya merupakan orang yang lain dari perbadanan kedua tersebut/ penerima
namaan perbadanan kedua tersebut ; atau
d. penerima namaan subsidiary tersebut
F. syarikat asing
Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syarikat asing sebagai : -
a) suatu syarikt, perbadanan, pertubuhan, persatuan / lain2 badan yang
diperbadankan di luar Malaysia ; atau
b) suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan / lain2 badan yang mana di
bawah undang2 tempat asalnya boleh mendakwa/ didakwa/ memegang harta di
atas nama setiausaha / lain2 pegawai badan / persatuan yang dilantik dengan
sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat / tempat
perniagaan utamanya di Malaysia.
Syarikat asing yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia mestilah
mendaftarkan di Malaysia. Sek 332 (1) Akta Syarikat menyenaraikan dokumen yang
perlu diserahsimpan dengan Pendaftar Syarikat untuk tujuan pendaftaran.

No comments:

Post a Comment